Mula

BizMalaysia.net yang mula dihebahkan kepada umum pada Jumaat, 1 NOVEMBER 2013 adalah kesinambungan usaha penggerak awalnya, melebihi sedekad lamanya.  Ia adalah sebuah inisiatif beberapa rakan usahasama ala koperasi, bermula di Pulau Pinang dan akan diperkembangkan ke seluruh negara.  Portal ini diselia oleh BizCS (Biz Consultancy and Services) yang berpusat di Co-operative Lab-KUMUDA, Balik Pulau dan Enterprise Lab-PCA, Bayan Baru, Pulau Pinang.

Sasaran inisiatif ini adalah untuk sama-sama mempertingkat keupayaan para usahawan dalam komuniti-komuniti terbabit untuk mencapai impak yang lebih baik melalui pengabungan minda, usaha dan sumber.

Fokus untuk menjayakan peranan tersebut adalah seperti berikut:-

  1. Platform kerjasama - perhubungan dan gerak kerja bersama kesemua kuadran masyarakat: kerajaan, akademik, pertubuhan milik komuniti dan badan-badan swasta.
  2. Pendidikan & Teknologi - ahli masyarakat hendaklah menerima akses yang mudah untuk kedua-dua elemen pembangunan sosial dan ekonomi tersebut.
  3. Penglibatan - kumpulan warga komuniti hendaklah mempunyai bilangan anggota yang signifikan untuk mengerakkan inisiatif-inisiatif yang dapat memberi impak optimum.

Bermula seawal tahun 2003 lagi, aktiviti-aktiviti menggerakkan kerjasama melalui badan-badan dewan perniagaan dan persatuan serta koperasi telah diusahakan, terbaharu dengan penubuhan KUMUDA (Koperasi Usahawan Muda Pulau Pinang Bhd) pada tahun 2009 dan Insya Allah lebih banyak koperasi usahawan ('workers' co-operatives') selepas ini.  Seterusnya aktiviti pembudayaan ilmu dan teknologi serta minat untuk keusahawanan telah diperbanyakkan dan melibatkan ribuan individu melalui kerjasama pelbagai pihak.  Terbaharu bermula OKTOBER 2012, dengan sokongan myNEF (Yayasan Usahawan Baru) yang juga baru ditubuhkan pada NOVEMBER 2012, dan dengan dana GMBO (Get Malaysian Business Online) melalui SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia)untuk sehingga 50,000 usahawan, BizCS telah melancarkan inisiatif latihan membina laman web perniagaan melibatkan lebih seribu individu pemilik perniagaan melalui lebih 20 bengkel-bengkel di merata lokasi di sekitar wilayah ekonomi Koridor Utara - negeri-negeri Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Perak.  BizCS seterusnya memperkembangkan program pembangunan keusahawanan asas tersebut ke peringkat sederhana dan seterusnya lebih menyeluruh melalui program esklusifnya "BizLab" (program intensif 10-minggu termasuk bengkel 'boot-camp' pembentukan syarikat perniagaan bersama institusi-institusi pendidikan termasuk USM, GiatMARA dan kolej-kolej komuniti) serta "Co-operative Lab" (yang juga dikenali sebagai "PiKU" - program inkubator koperasi usahawan, yakni program pembentukan perusahaan besar milik usahawan yang bekerja bersama-sama).

Kini para graduan program-program anjuran BizCS dan ramai lagi di luar sana akan dapat mengikuti lebih banyak inisiatif yang dirancangkan.  Penyertaan dalam aktiviti-aktiviti luar talian yang akan dilaksanakan adalah percuma atau kadar diskaun kepada peserta program esklusif usahawan BizClub.

Last modified: 14th December 2013 at 09:47

BizMalaysia.net

Powered by GroupSpaces · Terms · Privacy Policy · Cookie Use · Create Your Own Group