Digital Malaysia Untuk PKS

Projek 1: Hab E-Fulfillment Asia

Apa Projek Akan Lakukan

Logistik dan perlaksanaan merupakan komponen utama yang membentuk rangkaian nilai e-Perdagangan, mempermudahkan pergerakkan barangan dan produk pelbagai bentuk dan saiz merentasi sempadan. Melalui projek ini, Digital Malayisa akan membina infrastruktur berkeupayan e-Fulfillment Malaysia dan menyasarkan peruncit dalam talian global untuk menggunakannya sebagai pusat e-Fulfillment Asia mereka. Hab ini akan menawarkan penyelesaian logistik bersepadu kepada peruncit dalam talian global dan akan menyediakan perkhidmatan perlaksanaan lengkap seperti pergudangan, pembungkusan, dll.

Dengan MIDA sebagai Peneraju Sektor Awam, projek ini akan bertujuan menjadikan Malaysia sebagai pusat logistik dan perlaksanaan e-Perdagangan di Asia dengan memanfaatkan kekuatan Malaysia di dalam hubungan serantau dan dengan unjuran pertumbuhan e-Perdagangan Asia dari 22% hari ni ke 35% dalam masa 10 tahun akan datang.



 

Projek 2: Membolehkan Perkhidmatan E-Pembayaran untuk Perusahaan Mikro dan PKS

Apa Projek Akan Lakukan

Keupayaan untuk menerima pembayaran bukan tunai amat penting kepada pemilik perniagaan. Oleh sebab itu, Digital Malaysia dengan SME Corp Malaysia sebagai Peneraju Sektor Awam meyasarkan untuk memacu penerimaan kaedah e-Pembayaran terutamanya untuk PKS dan perusahaan mikro dengan menyediakan mereka akses yang lebih mudah kepada terminal dan pembaca, disepadukan dengan penyelesaian e-Dagang. Hasilnya, lebih banyak PKS Malaysia dan perusahaan mikro akan lebih berminat untuk menawarkan perkhidmatan e-Pembayaran di kedai mereka.

Projek 3 : Perkhidmatan Shared Cloud Enterprise

Apa Projek Akan Lakukan

Perniagaan tempatan terutamanya PKS kebiasaannya mempunyai kekurangan dari segi sumber dan pengetahuan untuk melabur ke dalam teknologi digital. Ini akan membantutkan keupayaan mereka untuk meningkatkan kecekapan dan mengukuhkan daya saing mereka. Dengan MDeC sebagai Peneraju Sektor Awam, projek Digital Malaysia ini menyasarkan pencepatan dalam penerimaan penyelesaian aplikasi berasaskan awan (cloud-based) oleh syarikat tempatan di samping menggalakkan lebih banyak pembekal perisian persendirian (ISV) untuk menawarkan perkhidmatan mereka di dalam Cloud. Menyedari kepentingan kesediaan bakat ICT berkelayakkan adalah sangat kritikal dalam bidang ini, projek ini juga mempunyai hasrat untuk melatih dan mengiktiraf profesional ICT di dalam model Software-as-a-Service (SaaS).




Ketahui tentang Digital Malaysia...

Last modified: 13th November 2016 at 07:13

BizMalaysia.net

Powered by GroupSpaces · Terms · Privacy Policy · Cookie Use · Create Your Own Group