Digital Malaysia

APAKAH DIGITAL MALAYSIA (DM)?

Digital Malaysia merupakan program kebangsaan yang berteraskan kepada tiga teras utama yang akan memacu Negara ke arah menjadi sebuah ekonomi digital yang maju menjelang 2020. Ianya akan mencetuskan ekosistem digital yang akan mempromosikan penggunaan ICT secara menyeluruh di dalam semua aspek ekonomi bagi menghubungkan masyarakat global dan membolehkan mereka berinteraksi di dalam masa sebenar dan seterusnya meningkatkan Pendapatan Negara Kasar (GNI), produktiviti dan memperbaiki taraf kehidupan. Hasilnya adalah ekonomi digital maju yang menghubungkan dan memberi kuasa kepada kerajaan, perniagaan dan rakyat.

DM disokong oleh tiga (3) teras strategik yang telah dikenal pasti sebagai kunci perubahan yang kritikal:

  • Menumpukan Bekalan kepada Permintaan
    Pada masa ini sektor awam Malaysia membelanjakan hampir 54% pelaburan ICT untuk pembangunan prasarana berasaskan maklumat. Inisiatif seperti projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi telah berjaya memastikan bekalan prasarana ICT yang diperlukan untuk mempersiapkan negara kepada perubahan ini sudah tersedia. Untuk menggunakan sepenuhnya inisiatif yang sedia ada, Digital Malaysia akan memfokus ke atas mewujudkan lebih banyak aktiviti bertumpu kepada permintaan yang akan memaksimumkan penggunaan maklumat dan prasarana sedia ada bagi meningkatkan ROI sebelum tempoh luputnya. Digital Malaysia juga menyasarkan untuk membangunkan industri terutama sumber-sumber pertumbuhan baru yang akan mewujudkan pekerjaan bernilai tinggi.

  • Berpusatkan Penggunaan kepada Pengeluaran
    Rakyat Malaysia tidak asing kepada internet. Kita menggunakan maklumat dan menggunakan internet secara meluas bagi rangkaian sosial, berita dan penyelidikan tetapi rakyat Malaysia masih belum menggunakan internet sepenuhnya untuk menjana perolehan. Digital Malaysia berhasrat untuk mewujudkan platform dan program bagi memupuk dan membangunkan netizens untuk menjadi pengeluar-pengguna atau prosumers. Ia juga merancang untuk mewujudkan peluang bagi penjanaan pendapatan baru menerusi model-model perniagaan digital baru.

  • Tambahan-Ilmu Pengetahuan-Tambahan Rendah kepada Tambahan-Ilmu Pengetahuan-Tambahan Tinggi
    Pada masa ini syarikat-syarikat Malaysia memiliki penggunaan ICT perniagaan yang rendah, aktiviti ilmu pengetahuan-rendah dan output. Sumbangan PKS Malaysia kepada KDNK kekal di paras rendah 32% . Digital Malaysia akan mempromosikan model-model perniagaan digital inovatif yang akan memacu usaha mewujudkan produk dan perkhidmatan bernilai tinggi. Menerusi projek seumpamanya, ia juga disasarkan untuk meningkatkan produktiviti kakitangan menerusi pengautomasian dan alat-alat digital inovatif.

APAKAH EKONOMI DIGITAL?

Alam digital merangkumi interaksi antara manusia, perkhidmatan dan teknologi online yang memanfaatkan semua. Dalam ekonomi digital, rangkaian online dan prasarana komunikasi menyediakan platform global untuk orang ramai, organisasi dan perniagaan untuk berinteraksi, berkomunikasi, berkolaborasi dan berkongsi maklumat.

Artikel berkaitan:-

  1. Fakta-fakta tentang Digital Malaysia
  2. Digital Malaysia untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)
Last modified: 13th November 2016 at 07:26

BizMalaysia.net

Powered by GroupSpaces · Terms · Privacy Policy · Cookie Use · Create Your Own Group