Derma Untuk Projek BizMalaysia

Inisiatif bizmalaysia.net dimulakan seawal tahun 2013 setelah projek sosial GMBO-BizMalaysia (sempena kempen oleh "Get Malaysian Business Online" oleh Google bermula SEP 2011) anjuran tetuan tetuan Biz Consultancy and Services (BizCS) dan New Entrepreneurs Foundation (myNEF) yang menyediakan latihan pengenalan pemasaran Internet secara percuma atau pada kos tempat latihan (tak lebih RM50 setiap peserta) kepada tak kurang 1,000 pemilik perniagaan mikro. Inisiatif tersebut turut melibatkan geran melalui Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) berjumlah tak kurang RM1 juta (yang dibayar terus kepada setiap individu terbabit yang telah disahkan) dan perisian awan percuma daripada Google serta nama domain percuma yang ditaja oleh MYNEF berjumlah RM23,000 (dibayar kepada syarikat tempatan RockSoft).

BizMalaysia.net meneruskan aktiviti menyediakan sokongan kepada alumni program GMBO, dan membuka penyertaan kepada ratusan lagi melalui capaian di ekspo dan program-program perangkaian dan latihan keusahawanan, dengan kerjasama beberapa institusi pengajian tinggi, koperasi dan agensi kerajaan.

Kos langganan awan untuk mengekalkan portal ini dengan fungsi sepenuhnya adalah US$19.99 sebulan dan langganan domain sebanyak RM80 setahun, yakni setakat DIS 2016 adalah sekitar RM 1,200 setahun.  Sejak dilancarkan pada 1 NOV 2013, kos sepenuhnya telah ditaja oleh BizCS bagi tempoh penuh tiga (3) tahun, menelan kos sebanyak RM3,450 tidak termasuk kos tenaga kerja di lokasi-lokasi sokongan dan aktiviti (yang dibiayai oleh BizCS dan rakan-rakan penaja inisiatif lain).  

Tajaan tersebut telah berakhir pada 30 NOV 2016, dan BizCS memerlukan dana tambahan untuk meneruskan inisiatif ini.

Setiap tajaan akan dimaklumkan secara jelas di laman web bizmalaysia.net

Sokongan inisiatif ini dengan menaja melalui Paypal (VISA/Mastercard/American Express/Discover) atau pindahan tunai melalui mana-mana bank di Malaysia atau wang digital juga:






 


BizMalaysia.net

Powered by GroupSpaces · Terms · Privacy Policy · Cookie Use · Create Your Own Group