Webinar: MataWang Digital untuk Malaysia? (PERCUMA utk 50 pertama sahaja!) - Episod 1

Saturday, 5th November 2016 at 9pm - 11pm

Location: ONLINE

This event is in the past.



Bukan hanya di California (negeri Silicon Valley) atau Venezuela (negara simpanan minyak terbesar dunia, tapi dijangka mengalami inflasi sebesar lebih 1,600% pada 2017) tapi juga di Malaysia yang mana pemilik dan pengguna Bitcoin merekodkan dagangan matawang digital berasaskan krypto melepasi nilai dibandingkan bernilai RM jutaan lewat beberapa bulan ini sahaja (menurut laporan LocalBitCoins, semenjak kejatuhan nilai Ringgit yang berterusan walau perlahan.

Mungkin amaun yang kecil misalnya berjumlah RM737,218 seminggu berbanding saiz keseluruhan dagangan sedunia yang mencecah RM ratusan juta setiap bulan, tapi ini melibatkan komuniti yang masih kecil dibanding dengan di negara barat misalnya.

Endah atau tidak, fenomena matawang digital termasuk BitCoin dan Ethereum antaranya yang bermula hanya beberapa tahun kini telah memulakan impak yang tidak boleh dianggap tidak relevan, apabila nilai setiap BitCoin yang dahulunya cuma beberapa sen, kini, bernilai RM ribuan setiapnya dalam masa cuma kurang tujuh tahun, dengan nilai pasaran terkumpul hampir RM50 bilion diikuti oleh Etherium yang melepasi RM4 bilion (bermula cuma setahun lalu pada JULAI 2015) dan ratusan lagi matawang Krypto dengan nilai pasaran berjumlah RM jutaan hingga RM ratusan juta setiapnya.
 

Pasti anda tidak tahu hal ini!

Kerana rata-rata orang Malaysia mungkin hanya dengar tentang skim-skim pelaburan atau penjanaan pendapatan seperti BitKingdom atau sekadar BitCoin, padahal ada lebih 700 matawang Krypto yang didagangkan hari ini, yakni lebih banyak daripada bilangan negara di dunia hari ini, dengan bilangan serendah beberapa unit hingga ke ratusan billion unit setiapnya dengan perubahan nilai antara beberapa persen hingga ribuan persen setiap hari (24-jam), malah mungkin juga setiap jam, kerana dagangan matawang ini tidak terhad kepada waktu pasaran saham biasa seperti NYSE atau NASDAQ mahupun BursaMalaysia dan NIKKEI di Asia.

Kalau anda tahu, mungkin kami akan jemput anda sebagai penceramah siri webinar cyptocurrency ini.

"Bitcoin is better than currency." (2014)

-- Bill Gates, co-founder of Microsoft and co-chairman of the Bill & Melinda Gates Foundation, comments on Bitcoin during an interview with Erik Schatzker on "Street Smart." (Source: Bloomberg)

Memulakan episod siri penerangan ini, adalah seorang penggiat dagangan dan mining BitCoin antaranya, Mr. Ernest.

Sesi akan diadakan dalam bahasa Inggeris dan penerangan dalam bahasa Malaysia juga.

Hadiah misteri kepada peserta bertuah, yang hendaklah juga menyertai dari awal sesi sehingga akhir.

Program ini BUKANLAH TAWARAN PELUANG PERNIAGAAN atau skim pelaburan, tapi perkongsian pendidikan dan konsultasi agar setiap peserta akan dapat menimba ilmu yang elemental sebelum memulakan penglibatan atau juga kepada pemilik BitCoin sedia ada untuk mempertingkat pemahaman masing-masing.

Category:
Education - Lecture

Comments

Who's coming? See all

Export to your calendar


BizMalaysia.net

Powered by GroupSpaces · Terms · Privacy Policy · Cookie Use · Create Your Own Group