BAHTERA - Zon Utara 2016

  • Saturday, 8th October 2016 (all day)
  • Sunday, 9th October 2016 (all day)

Location: Park Avenue Hotel, Sungai Petani, Kedah

This event is in the past.



Selari dengan usaha kerajaan untuk memperkasakan ekonomi Bumiputera seperti digagaskan dalam Rancangan Malaysia ke-11, inisiatif BAHTERA ini adalah platform mapan terbaik untuk merapatkan jurang maklumat di kalangan usahawan. Ia akan membantu usahawan merangsang perniagaan mereka menerusi maklumat perniagaan yang pintar, strategi penjenamaan yang berkesan dan selari dengan pelaksanaan teknologi.



BAHTERA pertama kali diadakan pada 2015 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dan ia disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia. Ia berlangsung selama dua hari (19 ke 20 Ogos 2015) dan menyasarkan untuk memperkukuhkan hubungan usahawan Bumiputera dengan agensi kerajaan, sektor swasta dan NGO yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam perkembangan aktiviti keusahawanan di Malaysia. Dengan tema “Bumipreneurs of Tomorrow”, BAHTERA mempunyai aspirasi untuk mendapatkan penglibatan usahawan pada semua peringkat serta penglibatan komuniti perniagaan usahawan Bumiputera. Program ini menerima sambutan di luar jangkaan daripada lebih 15,000 peserta pada tahun lepas.

PENCERAMAH JEMPUTAN:-

  1. Dato' Haji Zaihal Hazri, Al-Meswak Mu’min Sdn. Bhd.
  2. Saiful Nang, jurugambar profesional dan penulis
  3. Nurhusni Datuk Mahad Nor, usahawan farmasi (pengasas Annona)
  4. Mohd Zaki "Zack Stylo" Salleh, Roti Bakaq Teloq Meleleh
  5. Hafiz Hamidun, Artifects International
  6. Azhar Al Faiz, Al Faiz Holdings
  7. Saiful Adli, Sambio Resources
  8. Altimet, Kartel Talent Agency

dan banyak lagi!

Tentang Bahtera

BAHTERA - Wilayah Utara 2016 “Bumipreneurs of Tomorrow”

LATAR BELAKANG BAHTERA

Program BAHTERA pertama kali diadakan pada tahun 2015 di KLCC yang telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia. Program ini berlangsung selama dua hari (19 hingga 20 Ogos 2015) bertujuan untuk meningkatkan hubungan usahawan Bumiputera dengan agensi kerajaan, swasta dan NGO yang terlibat secara lansung atau tidak lansung dalam aktiviti pembangunan keusahawanan di Malaysia. Dengan tema “Bumiputera of Tomorrow”, program BAHTERA telah menyasarkan penglibatan semua peringkat usahawan dan komuniti perniagaan Bumiputera. Pendekatan tersebut ternyata telah mendapat sambutan yang amat memberangsangkan dengan pendaftaran lebih 15,000 peserta.

Selaras dengan usaha kerajaan memperkasa ekonomi bumiputera seperti yang dicadangkan dalam Rancangan Malaysia Ke-11, inisiatif BAHTERA adalah platform mampan yang terbaik dalam usahanya untuk menangani jurang maklumat untuk usahawan. Ia akan dapat membantu usahawan melonjakkan usahaniaga mereka melalui maklumat perniagaan pintar, strategi penjenamaan yang berkesan dan seiring dengan penggunaan teknologi yang tepat.
PROGRAM

Kluster Program

Format keseluruhan BAHTERA mengambil kira keperluan usahawan dari pelbagai peringkat, merentas industri, dengan rangka program BAHTERA yang bersifat menyeluruh atau holistik, serta memberi penekanan kepada pengisian dan aktiviti berupa “outcome driven” atau memudah-cara (facilitated). Antara kluster industri yang diberi penekanan adalah:

  1. Halal, makanan & keusahawanan Agro
  2. Keusahawanan Belia
  3. Keusahawanan Sosial
  4. Fesyen, pelancongan & budaya
  5. Keusahawanan wanita
  6. Perkhidmatan & Peruncitan

ZON TEROKA DI BAHTERA 2016
6 DEK UNTUK DITEROKAI USAHAWAN
Hanya di Bahtera 2016, para peserta akan dapat melayari transformasi usahaniaga mereka melalui 6 zon teroka yang terdiri daripada:

Zon Bual Bicara 
Membincangkan isu-isu serta penyelarasan kepada agenda memupuk
‘Bumipreneurs of Tomorrow’, dan membawakan penceramah yang mampu memberikan inspirasi, motivasi & perkongsian dengan tema yang bertepatan secara holistik.

Zon Bimbingan Usahawan
Membawakan pakar-pakar dari segenap keperluan perniagaan yang akan memberi bantuan kaunseling terhadap permasalahan usahawan melalui ‘1 to 1’ klinik. Antara bimbingan yang diberikan:

  • Permulaan Perniagaan
  • Perancangan Perniagaan
  • Pembiayaan
  • Akaun & Kewangan
  • Penjenamaan
  • Pelabelan dan Pembungkusan
  • Pemasaran, Pengiklanan & Promosi
  • Strategi Jualan
  • Peningkatan & Perkembangan Perniagaan
  • Strategi Media Sosial
  • Strategi Laman Web
  • Pemasaran Atas Talian

Zon Ilmiah
Zon Ilmiah merupakan komponen yang menyediakan ruang untuk peserta menimba ilmu serta mendapat kemahiran dalam format seminar intensif, atau “hands-on workshop”. Program memberikan penekanan strategi kepada perniagaan secara ‘Blue Ocean’, inovasi dalam perniagaan, strategi pembiayaan alternatif serta program berteraskan kluster terpilih.

Zon Peluang
Zon peluang melibatkan lebih dari 20 agensi-agensi kerajaan, dan rakan ekosistem yang merupakan pemudahcara, atau mempunyai program atau bantuan untuk usahawan-usahawan wilayah Utara.

Zon Pitch
Zon Pitch mempunyai dua komponen utama:

Pitch coaching

  • 3 Coach akan berada onsite untuk membantu peserta menyediakan pitch mereka dari segi “elevator pitch”, “pitch for funding”, “ideation pitch” dan penyediaan “pitch video” untuk kempen crowdfunding.

Video Pitch Booth

  • Peserta boleh membawa ThumbDrive untuk membawa Pitch mereka pulang, dan boleh digunakan pada masa lain.

Video Pitch Submission

  • Bagi program dan peserta 1MET Bootcamp untuk terpilih menyertai “1MET Mentoring and Coaching” Program

Zon Pameran
Booth pameran dan jualan produk-produk Bumiputera serta peluang-peluang untuk memulakan perniagaan kepada yang berminat.



YBhg. Tan Sri/Datuk/Datu/Dato'/Dr./Tuan/Puan, 

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.
 

2.     Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Kewangan melalui Pejabat Pembangunan Keusahawanan Nasional (NEDO), Unit Strategi Nasional akan sekali lagi menganjurkan acara keusahawanan ”Bumipreneurs of Tomorrow” (BAHTERA). Program BAHTERA pertama kali diperkenalkan pada tahun 2015 dan pada tahun ini ia akan diadakan pada 8-9 Oktober 2016 di Hotel Park Avenue, Sungai Petani, Kedah yang akan dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Kedah.                                            

3.     Inisiatif BAHTERA adalah merupakan program keusahawanan bumiputera bagi membantu usahawan bumiputera mentransformasikan perniagaan mereka melalui perkongsian maklumat perniagaan berkualiti tinggi, strategi pemasaran dan strategi penyampaian perkhidmatan. BAHTERA akan turut memberi pendedahan kepada usahawan bumiputera berkenaan penggunaan teknologi dalam meningkatkan perniagaan mereka dan akan turut memperkenalkan konsep perniagaan baharu.

INFO LANJUT: http://bahtera.my

PENDAFTARAN RASMI: https://app.evenesis.com/Microsite/EventDetails/e1d4ccf0-0d71-40c7-beb5-882f49a6595e/e


BAHTERA 2015:

 



Perkongsian Lalu bersama Usahawan Internet Irfan Khairi:-












 

Category:
Causes - Rally

Comments


BizMalaysia.net

Powered by GroupSpaces · Terms · Privacy Policy · Cookie Use · Create Your Own Group