Program Mentoring 1MET4 (anjuran Kementerian Kewangan) - PERCUMA!

Friday, 30th September 2016 (all day)

Location: ONLINE / on-site (1MET4 workshops)

This event is in the past.

Anda kini berpeluang untuk mendapatkan bimbingan daripada mentor-mentor yang berpengalaman luas di bidang perniagaan untuk membantu untuk merealisasikan impian anda supaya menjadi usahawan yang berjaya.  Khidmat “mentoring” ini akan berjalan secara intensif selama 6 bulan.


Bagaimana untuk dipilih sebagai “mentee”?   

Anda cuma perlu menghantar “video pitch” idea perniagaan anda yang berdurasi 1 ke 3 minit kepada kami untuk dinilai.


Bagaimana untuk menghantar video anda?   

Terdapat 3 cara:


Cara 1: Online (untuk bekas peserta 1MET4 sahaja)


  1. Masuk ke https://pitch.1met4.com/

  2. Sila masukkan no kad pengenalan untuk semakan.

  3. Anda boleh masukkan maklumat anda dan terus boleh menghantar video pitching anda.



Cara 2: Emel (untuk bekas peserta 1MET4 sahaja)

  1. Emelkan video anda secara terus ke 1metvideopitch@nadiayu.com.my,  atau
Emelkan “link” (samada DropBox, Google Drive, We Transfer atau OneDrive) video anda ke 1metvideopitch@nadiayu.com.my Sila nyatakan butir-butir berikut di dalam email anda:
  • no kp
  • nama penuh
  • no tel
  • email
  • deskripsi projek


Tidak pasti bagaimana untuk menghantar “video pitching” atau ingin menjadi peserta baharu 1MET4? Mudah sahaja. Boleh ikut cara berikut:


a.                    Hadir ke  1MET Bootcamp Alor Setar  (Dewan Utama Ukir Mall)  pada  6-7 September 2016


(atau di lokasi 1MET lain - rujuk http://1met4.com atau bizmalaysia.net/calendar)


b.                    Pergi ke kaunter “video pitch” di lokasi bootcamp

c.                    Daftar di https://pitch.1met4.com/

d.                   Rakam dan muatnaik “video pitch” anda secara terus ke https://pitch.1met4.com/


Muatnaik “video pitch” anda sebelum 30 September 2016 untuk merebut peluang ini. Pemilihan “mentee” adalah berdasarkan kekosongan tempat.


Sekiranya anda memerlukan sebarang pertanyaan berhubung “video pitch” ini, anda boleh menghubungi kami melalui:


Email: 1metvideopitch@nadiayu.com.my

Telefon: 03 – 77258085


Semoga berjaya!


Sekretariat

1MET Academy.

Category:
Causes - Rally

Comments

Who's coming? See all

No responses yet.

Export to your calendar


BizMalaysia.net

Powered by GroupSpaces · Terms · Privacy Policy · Cookie Use · Create Your Own Group