Cabaran Biz PUNB 2016

Monday, 1st August 2016 at 11:30am - 11:59pm

This event is in the past.

BORANG PENYERTAAN

Klik di sini untuk mendapatkan BORANG PENYERTAAN:

 

Soalan-soalan Lazim:

1. Saya berminat untuk menyertai pertandingan ini tetapi perniagaan saya masih belum bermula, adakah saya layak menghantar penyertaan?

Jawapan: Tidak layak. Penyertaan ini hanya untuk perniagaan yang telah beroperasi sekurang-kurangnya 1 tahun dan ke atas.

2. Saya adalah seorang mualaf dan telah menjalankan perniagaan. Adakah saya layak menghantar penyertaan?

Jawapan: Ya, boleh. Dengan syarat tuan/puan merupakan seorang mualaf sekurang-kurangnya tiga tahun.

3. Jika saya menghantar penyertaan melebihi daripada 100 mukasurat, adakah penyertaan saya akan terbatal?

Jawapan: Tiada had muka surat yang ditetapkan tetapi hendaklah mengikut format penyertaan yang dilampirkan di portal PUNB.

4. Bolehkah saya menghantar penyertaan saya dengan menggunakan selain dari Bahasa Melayu?

Jawapan: Pertandingan ini hanya dibenarkan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.

5. Adakah penyertaan saya akan ditolak jika ianya dihantar melalui pos dan terlewat sampai.

Jawapan: Penyertaan mestilah diterima sebelum atau selewat-lewatnya pada tarikh tutup penyertaan.

6. Saya memerlukan penjelasan mengenai maksud “modernisasi perniagaan” yang dinyatakan di dalam garis panduan penyertaan.

Jawapan: Modernisasi perniagaan merangkumi:

- Suatu proses transformasi dari suatu tahap perubahan ke arah yang lebih maju.

- Suatu proses pengurusan perniagaan dari rutin biasa ke cara yang lebih kreatif dan berinovatif.

7. Saya adalah seorang bekas perantis PUNB/ bekas pemenang Biz Challenge dan memenuhi syarat-syarat pertandingan, adakah boleh saya menyertai?

Jawapan: Ya, boleh.




Comments

Who's coming? See all

No responses yet.

Export to your calendar


BizMalaysia.net

Powered by GroupSpaces · Terms · Privacy Policy · Cookie Use · Create Your Own Group